Friday, February 18, 2011

Boleh nampak hantu?!..Hanya tidur 4 jam..?!

Barangkali,dia tak biasa luahkan perasaannya di hadapan orang asing.Tapi yang pastinya,dia layan setiap orang dengan jujur dan ikhlas!
Kesungguhannya dalam membuat setiap perkara buat dia disenangi dan disukai ramai....
Ingin tahu siapa dia ni..???
Jom ikuti temu bual Kim Hyun Joong..!!!



epop:Tak penatkah awak buat aktiviti promosi macam ni hari-hari?
Hyun Joong:Boleh tahan lar sebab badan saya kuat selama ni..Lagipun,saya juga dapat tidur sekurang-kurangnya 4 jam sehari.Dulu masa saya buat penggambaran drama,saya hanya tidur 4 jam dalam 3 hari berturut-turut..Keadaan sekarang dah kira bagus bagi saya!

epop:Sudahkah awak tonton Playful Kiss versi online?
Hyun Joong:Ini adalah kali pertama drama Korea ditayangkan online.Saya rasa gembira sangat bila tahu ramai orang sudah tonton Playful Kiss versi online!!

epop:Di mana awak biasa berjumpa dengan Bae Yong Joon sunbaenim??
Hyun Joong:Biasanya di kafe..Tapi peliknya,foto kami berdua tak pernah dimuat naik ke laman web.

epop:Apa yang ingin awak sampaikan kepada Yong Joon sunbaenim??
Hyun Joong:Saya nak ucapkan jutaan terima kasih kepada Yong Joon sunbaenim sebab dia telah maksimalkan pasaran Hallyu Wave untuk saya.Sunbaenim cakap dia amat iri hati dengan saya sebab dia tak dapat bimbingan sesiapa pun masa dulu dia menembusi pasaran lakonan asia..



epop:Benarkah awak boleh nampak hantu..?
Hyun Joong:Hantukah? Dulu boleh,sekarang pun boleh..!!Saya pernah nampak hantu dua kali dalam setahun.Ada satu kali,saya dan Kyu Jong(SS501)malah sama-sama nampak hantu..

epop:Di Jepun,apa makanan kegemaran dan filem kesukaan awak??
Hyun Joong:Filem Jepun yang paling saya suka adalah Be With You.Filem ini amat bermakna!Yang kedua adalah filem lakonan Oguri Shun,Crows Zero...Makanan Jepun pula,saya suka Gyudon(beef bowl),Soba,Ramen dan Natto..

epop:Apa rancangan awak yang seterusnya?
Hyun Joong:Saya rancang nak riliskan album solo yang terkandung lagu-lagu Jepun di seluruh asia pada tahun hadapan...Bagi saya menyanyi sama penting seperti roda kereta.Nyanyian adalah refleksi kepada personaliti sebenar diri saya,manakala lakonan adalah refleksi kepada setiap peringkat hidup saya.

No comments:

Post a Comment